Oleh : Rista Simbolon (Via ) | Diterbitkan | Short link: https://sumutkota.com/nasional/1637/uitm-cawangan-kelantan-dan-universitas-sumatera-utara-jalin-kerjasama-tingkat-mutu-penyelidikan-peringkat-antarabangsa
Bagikan Ke :
Facebook Twitter
Baca Juga:Usaha murni yang dijalankan ini merupakan satu inisiatif dari UiTM Cawangan Kelantan sendiri untuk menjadikan UiTM sebagai universiti terkemuka menjelang tahun 2025.
"Kerjasama tersebut bakal membuka ruang kepada penempatan mahasiswa dan kakitangan akademik bagi kedua buah negara, memindahkan kepakaran serta meningkatkan peluang penyelidikan dan seterusnya menghasilkan satu bentuk inovasi yang mampu memberikan manfaat kepada warga kedua-dua buah universiti," kata Rektor Universitas Sumatera Utara (USU), Prof. Dr. Muryanto Amin, S.Sos, M.Si.
Dalam ucapan Rektor UiTM Cawangan Kelantan, Prof. Dr. Haji Abdol Samad Nawi berkata, satu bentuk pemindahan ilmu dan pembangunan harta intelek serta kepakaran dalam sesuatu pengkhususan dapat dimanfaatkan menerusi kerjasama yang dijalinkan ini.
Setelah selesai sesi menandatangani MoU, tetamu yang hadir berkesempatan untuk menghadiri International Guest Lecture bertajuk "Audit Committee Overlap, Family Firm, Political Connection and Related Party Transaction: Evidence from An Emerging Market", yang telah disampaikan oleh Dr. Noor Marini Haji Abdullah, Pensyarah Kanan, UiTM Cawangan Kelantan yang mengupas tentang kesan pertindihan fungsi jawatankuasa audit dan jawatankuasa imbuhan ke atas pengarah syarikat pemilikan awam. Khususnya, pertindihan keahlian jawatankuasa audit dan jawatan kuasa imbuhan di syarikat pemilikan awam didapati telah melemahkan peranan jawatankuasa audit dalam melaksanakan tugasan mereka untuk memantau transaksi pihak berkaitan yang mempunyai situasi konflik berkepentingan.
Selain itu juga, hadirin yang hadir dapat turut serta dalam program International Accounting Symposium yang melibatkan dua orang pelajar Sarjana Perakaunan dari UiTM Cawangan Kelantan iaitu Muhamad Afiq Firhan Mohd Amim dan Siti Fatimah Nurjannah Roslan serta seorang pelajar Doktor Falsafah Perakaunan, Universitas Sumatera Utara, Indonesia iaitu Ayu Kurnia Sari yang membentangkan kertas penyelidikan masing-masing meliputi aspek pengauditan dan keterlibatan aspek digital dalam urusan perakaunan.
Program berkenaan telah disertai oleh lebih daripada 100 orang peserta dari pelbagai latar belakang, termasuklah pemain industri, pensyarah dan pelajar Sarjana serta Doktor Falsafah kedua-dua universiti.(Dro/Rel).
Kata Kunci: